Cadangan & Solusi lwn Idaman & Impian
Dalam banyak mesyuarat dan perbincangan yang memerlukan keputusan dan jalan keluar, ada orang suka bawa idaman dan impian bukan cadangan dan solusi.
Kenapa tak boleh?
Bayangkan ada orang sedang tenggelam di dalam air. Dia meminta bantuan atau solusi. Kita pula menjawab;
"Kenapa tidak bawa pelampong?"
"Cepat2 bina rakit. Ia boleh menyelamatkan nyawa dalam air".
"Sepatutnya kamu belajar berenang?"
"Lain kali jangan bermain dalam air".
Apa perasaan rakan kita yang sedang lemas tertelan air?
Minda bersolusi semakin menghilang dalam masyarakat.
MDB